dulu-nya di sini
tempat aku bersua suka tawa bersama teman-teman
tempat aku lari dari himpitan harapan keluarga
tempat aku menyorok dari dakyah moralis sekitar
ada suka, ada duka-nya
saat erti kawan dilupa-kan
saat erti narkoba aku abadi-kan
saat erti sengketa diberat-kan
saat erti susah aku tempuh seorangan
muda, liar, dan sedikit merbahaya
tersenyum aku kenang-kan semua itu
bila aku terkeluar dari gerombolan riang gembira mereka
aku putus-kan untuk keluar dan kembali ke azali
dan terus-kan hidup seperti biasa
biarpun masih terkesan bisa
aku biar masa yang tentu-kan
sekarang
tanpa aku sedar
aku kembali ke sini
dengan diri aku yang berbeza;
atau mungkin dengan diri aku yang sama
atas ihsan teman-teman
di sini aku berteduh mengadu segala
aku risau jika bibit ke sangsian itu muncul semula
aku risau jika bibit kurang selesa itu menerpa
kerana aku tidak mahu hadapi dunia
biar aku terus disini, hingga tiba masa semua-nya musnah
berdebu, tanpa tinggal apa...
No comments:
Post a Comment