Monday, June 15, 2015

15.06.15 terima kasih

terima kasih

kerana ruang yang di beri;
lebih dari mencukupi.

untuk menilai
untuk melihat kembali
untuk membuat keputusan;
sama ada pra / tetapan nyata.

terima kasih
untuk kau dan juga aku.

genap sudah setahun berlalu
kisah kita yang berhenti dari menderu laju;
kini terdampar kaku.

ruang yang kau dan aku beri
memang lebih dari mencukupi
sehingga hati tak mampu di-isi;
sehingga terbiar kelam dan sunyi.

terima kasih, sekali lagi.

p/s: Kenalan se-kampus aku, Zafran. Malam ini adalah malam terakhir roh-nya cuba untuk kembali ke dalam jasad. Alat bantuan pernafasan-nya mungkin skrg sudah di-mati-kan. Biar dia bertemu, hanya dengan ulat yang menjamah daging atau tuhan pencipta yang satu. Mati adalah penentu :)



No comments:

Post a Comment