Friday, May 29, 2015

aku perlu hapuskan perkataan momen itu sendiri

apa yang kau rasa D,
pulang-nya kau setelah 3 bulan kau di seberang laut
malam itu sepatut-nya menjadi malam paling indah untuk berhenti seketika memikir-kan segala kepayahan
saat kau mahu beradu,
kau disapa dengan ajak-an perpisahan

yang kau tidak tahu mana punca-nya
yang kau tidak tahu mana silap-nya

---------------------------

aku?

aku tak endah-kan perkara itu
bukan kerana penat atau buntu
kerana aku tak mahu rosak-an momen yang tak dapat aku literal kan di lidah
momen yang tak dapat aku literal kan dengan perilaku

sebab aku tahu,
pertanyaan aku nanti tak mungkin berjawab
jadi aku biar ajak-an itu di awangan
sementara dia masih berbantal-kan lengan aku

biarpun jauh dihanyut malam
aku menangis di dalam hati
tertanya seorang diri
benarkah ajak-an itu keluar dari mulut dia sebentar tadi...

No comments:

Post a Comment