"kerana kasih Alejandro yang suci itu dibutuh-kan oleh pencinta diri-nya; Elena..."
Thursday, August 15, 2013
sedari-nya Ogos 5
Maafkan aku jika kau sangka aku mula melupakan kewujudan kau,
Maafkan aku jika kau tidak lagi merasai ke-ikhlasan aku meratapi pemergian kau,
Maafkan aku kerana lewat membelai kau sedari kau ada,
Maafkan aku kerana mengasingkan kau di saat kau mencari ibu mu siapa,
Maafkan aku kerana berkasar dengan kau di saat aku tak semena gusar,
Maafkan aku jika kau berasa sukar sepanjang kehidupan kita bersama,
Maafkan aku kerana kurang peka akan keadaan kau yang tidak ku jangka...
Maafkan aku kerana alpa akan keperluan kau lantas kau terseksa,
F,
Maafkan aku kerana membiarkan kau yang sedang menunggu masa sedangkan aku nyenyak terlena,
Maafkan aku kerana tidak sedar kau keluar ketika ke-geringan kau menggila,
Sejurus-nya setia aku menunggu kepulangan mu; tiada...
"Dadah membantu aku mengawal perasaan aku buat masa ini, tapi masih ada yang terus meratapi dari hari ke hari, F. pergilah kau ke dalam mimpi-nya. pulihkan lah hati-nya yang dirundum sepi, kau seri kan lah wajah-nya gelagat mu yang sentiasa dinanti, kau kembalikan lah semangat-nya supaya aku tidak sendiri. Dan kau bisikan pada-nya, yang kau tidak pernah meninggalkan dia selama ini. Katakan yang kau cuma sibuk dengan hal yang bukan duniawi, tapi jangan sekali kau kenangkan dia yang kau bukan-nya hakiki..."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment