Terjaga
Cahaya neon putih masih bersama
Paparan skrin sudah bertukar gelap
Ya,
Malam ini aku sendiri lagi.
Tak mengapalah, ada yang lebih memerlukan teman hidup ku dari aku.
Cuma-nya,
Situasi ini sangat aku benci!
Kerana,
Tiap kali-nya aku bersendiri dan berbaring di tempat sama;
Pasti dapat aku rasa,
Henyakan berserta beban badan yang selalu kau usung bersama.
Dan bila aku bingkas menoleh cuba mencari,
Tetap tiada apa.
Dan aku mula sedar yang sebenar-nya,
Terlalu kuat kimpalan perasaan kau pada aku;
Membuktikan sayang-nya aku pada kau...
Membuktikan rindu-nya aku pada kau...
Selalu ada.
tabiat menggigit kau sungguh aneh, jadi aku gumpalkan tali kasa menjadi bebola untuk mainan kau.
supaya kau tidak mencederakan diri dan tidak bosan menunggu kepulangan kami selalu (dahulu).

No comments:
Post a Comment