aku tak berapa ingat,
bila sebenar-nya kita
ter-lekat
sampai-kan
hampir semua
momen-momen penting dari zaman remaja aku
sampai lah sekarang
nama kau
ada!
yang segar dalam kotak simpanan aku
2007, KPD
aku ajak kau teman aku ke Segamat
semata-mata teman aku uruskan hal penting :)
kau
waktu tu
kau menangis
macam budak kecil!
which is, yes you are...
kau bagi tahu aku
yang kau takut sangat!
kau takut!
takut
cemas
panik
semua tu menerpa kau sekali gus
bila kau tengok sendiri depan mata
adegan cliche yang selalu-nya hanya dalam drama atau novel-novel picisan
membukti-kan janji sumpah setia untuk cinta-nya
membukti-kan yang hidup ini tak bermakna tanpa cinta!!!
urat mata kau berubah tegang
kau ter-gamam
mengalir
merah
dan terus mengalir
likat
perlahan menitis
terus ke lantai
di-iring tak semena dengan air mata kau
maaf-kan aku sebab babit-kan kau dalam sejarah yang tak sepatut-nya aku cipta waktu tu
dan aku bazir-kan air mata kau yang pertama
dengan ulangan kebodohan yang sama
aku dail nombor kau
"A, aku minta maaf A... Aku tak dapat penuhi permintaan ikhlas kau! maaf kan aku A..."
kau bergegas ke rumah aku lepas tu
dan kau riba-kan kepala aku
"kau kata semalam kau janji, D! kenapa kau buat macam ni lagi?!"
waktu tu
aku hanya harap
nyawa aku berlalu pergi
shame on me
kan aku tengah menaip sekarang ni
AHAHAHAAHA
setiap 2 Januari setiap tahun sepanjang kita kenal
aku akan hantar teks ceramah panjang lebar
untuk kau baca dan fikir-kan
sebagai kawan,
sebagai saudara,
sebagai kekasih...
aku akan tetap rai-kan dengan apa cara sekalipun
tanpa aku harap balasan
banyak yang tak boleh aku buang dari kotak ingatan aku
setiap dari aku
ada kau
sampai-lah
kita
ter-lerai
sedikit
demi
sedikit
tanpa aku sedar
yang aku lah punca-nya
saat kau perlu-kan aku
aku sibuk dengan perkara pra-dewasa
aku lupa
ada yang menunggu aku tiba di rumah
untuk sama-sama membuang masa
dan menghadap muka yang sama
kau berubah terus
mungkin kau marah-kan aku
aku tak tahu!
kalau benar
kau jelas-kan lah supaya aku boleh perbetul-kan
tolong-lah
tapi
sekarang
2016
kau bukan lagi budak hingus yang aku suka 'budak' kan
yang aku akan tarik rambut bila buat salah
yang aku akan membebel tanpa henti bila buat aku marah
yang aku manja-kan
cukup!
terlalu banyak!
21 Julai 2016 | Khamis
9.10 Pagi
Happy birthday, D
:*
A, aku nak menangis :(
..................................................................................................................................................................................................................................................................................................
seorang budak lelaki berusia 16 tahun ber-dialog dengan rakan-nya
"sudah lah, D. tak payah kau fikir sangat. kau sabar sikit lagi, kasi aku mati dulu. bila aku mati nanti kan boleh hidup balik. haaa.... waktu tu aku mintak la hidupkan aku balik jadi perempuan!
tak payah kau pening-pening dah, biar aku je yang kahwin dengan kau. kau nak mintak main hari-hari?! tak ada hal lah! aku bagi semua!!! ahahahaa....!"
No comments:
Post a Comment