.LOG
6:23 AM 3/30/2016
(INITIAL FLASHBACK)
18nov2015
aku ringankan jari aku, taip madah murahan yang selalu aku jaja.
aku teliti satu persatu setiap atur butir huruf yang aku susun.
aku rangkapkan setiap ayat mengikut plot yang cuba aku visualkan.
dan aku matikan isi karangan aku seperti selalu, PERSOALAN.
... ...
setiap pergelutan yang berakhir dengan perpisahan;
impaknya pasti nyata!
sebaliknya kau adaptasikan,
kau raikan kekosongan jiwa aku dengan hilai tawa.
kau menyanyi riang bait-bait kufur jiwa sempurna.
apa yang aku mahu?
aku tak minta apa-apa, sayang.
aku cuma mahu kau amati semula,
jalan cerita yang sama.
aku cuma mahu kau rumuskan satu perkara, yang akan melepaskan roh aku dari pasongan jiwa, sayang.
ANXIETI, DEPRESI, ILLUSI
ciptaan sendiri, sayang.
kerana aku terlalu banyak dedahkan kepada kau...
betapa indahnya, jika kita bukan di dunia lagi.
dan betapa peritnya, jika hidup untuk menunggu mati.
8:18 AM 5/27/2016
No comments:
Post a Comment