Sunday, March 13, 2016

menaip tidak lagi kemas

Julai-10 tahun 2010
Anjung Denai-11 Jahanam

Pertama kali aku rasa-kan kebebasan tanpa batas. Tanpa gangguan. Tanpa aturan.
11 hari mendatang genap aku 21 tahun. Perangkaan karakter baru telah aku siap-kan.

Tapi sayang, 
Jari ini masih perlu-kan hamparan digital ini untuk dicurah-kan perasaan.
Untuk di-arkib-kan apa yang telah terkesan dan mengubah aku menjadi haiwan.

Dadah.
Sex.
musik pilihan yang universal diamal-kan oleh setiap hidupan di dalam kediaman ini.

Dadah adalah ancaman ber-profil tinggi!
Dadah adalah tuhan dan ruji isi rumah ini setiap hari!

Sex adalah mainan.
Samada keperluan.
Atau setulus perasaan.

Aku fasa ke-2 neraka ciptaan ini, aku transit segala persoalan dan rentetan perjalanan ke hamparan digital ini.

Kata-kata kesat yang aku puja-kan, kini aku cuba lembutkan.
Aku susun abjad menjadi tutur kata indah untuk syaitan dan dewa masa lampau jadi-kan;
bahan bacaan picisan.

No comments:

Post a Comment