Thursday, July 16, 2015

kasih seorang ayah yang kecewa

aku,
hampir menjangkau separa ke-2 ambang usia 30an.
masih memilih untuk tidak punya pekerjaan setelah hampir 2 tahun.
tetap dengan nilai-nilai slackers biar manusia kini pelbagai rupa dan cara.
................................ .....
ayah,
aku punya se-orang.

"D, kata nak tidur dekat sebelah ayah tadi. Ayah dah siap bentang alas tidur kau..."

ayah aku mencebik,

"Sori ayah, orang terlelap dalam bilik tadi masa kemas baju... Sori laaa..."

ayah masih lagi mencebik, aku cuba menidak-kan yang dia sedang merajuk.

merajuk? kenapa?

aku bukan lagi anak kecil.
aku bukan lagi berusia 5-6 tahun;
yang ayah akan memanggil aku untuk dijadi-kan bantal peluk-nya ketika tidur siang;
yang ayah dukung aku keluar dari kereta biarpun dia tahu yang aku pura-pura terlelap dalam perjalanan.

cuma situasi kali ini,
terkesan dalam hati aku.
kasih ayah kepada aku; biarpun aku hanya sampah di mata masyarakat.
aku masih lagi anak ayah.

ya,
setiap kali aku menangis berteriak.
aku akan meraung-raung memanggil ayah.
setiap kali aku rasa teruja gembira.
aku akan berlari mendapat-kan ayah.

maaf-kan aku ayah.

aku adalah harapan terakhir kau.
dan aku telah hancur-kan segala impian kau.
aku tak dapat senang-kan kau.
dan aku tak mampu janji-kan kesenangan kau.

situasi kali ini,
aku rasa seperti anak kecil kembali. nakal, comot dan lincah!
dan mahu sentiasa dimanja-kan ayah.

ayah,
aku sayang-kan kau ayah.
.........
.........

"D, jangan kayuh basikal tepi jalan raya! main kat sini-sini je!..."

"alaaa, kenapa tak boleh ayah?..."

"janganlah D, nanti apa-apa jadi siapa yang susah? ayah jugak. kalau D kena langgar kereta macam mana? nanti dah tak ada lagi sayang ayah yang kuat makan ni..."

No comments:

Post a Comment