Saturday, August 30, 2014

yang membezakan aku dengan orang gila hanyalah; kaca mata

setiap kali aku menghadap pembalik wajah,
aku tatap setiap inci tubuhku sendiri.

bagaimana gaya-nya kau,
bagaimana cara-nya aku.

kau selalu kata,
jangan aku berusaha untuk buat kita kelihatan secocok kerana itu semua dusta dunia!!!

sungguh,
bila aku terkenang yang sebelum-nya,
yang berada di sekeliling kau.

kau dan mereka berada pada taraf yang sama.

tapi tidak untuk aku,
wujud-nya aku bermakna kau terpesong jauh dari landasan kau yang sebenar.

aku dinilai dari segala apa yang aku ada.
aku hidup dengan apa yang aku ada.
aku cipta syurga aku sendiri dengan apa yang aku ada.

begitu juga dengan neraka,
yang aku cipta hanya untuk mereka yang benar-benar sudi;
temani aku untuk dibakar bersama.


No comments:

Post a Comment