"D, mak nak minta tolong sikit boleh?
"bulan ni kau boleh tolong ayah tak D"
Sekali lagi! Aku kalah dengan keadaan. Perlu aku menyesal dengan jalan yang aku pilih? Dapat aku senangkan mereka jika aku ikut jalan mereka?
Aku cuba sedaya yang boleh;
Untuk pastikan bebanan mereka berkurangan.
Kerana sayang-nya aku;
Dan rasa berterima kasih...
Aku gagahkan untuk menutupi khilaf dua jasad yang aku sendiri tidak pasti berbalah atas alasan apa.
Aku cuba sedaya aku;
Kurangkan segala bebanan.
Yang mana semahu-nya aku mengambusi segala kepayahan.
Biarkan hanya yang tinggal itu kebahagiaan.
Yang kekal abadi sampai ke mati.
No comments:
Post a Comment