Sebelum sekalian roh dilepaskan untuk merasuk ketul-ketul daging dalam rahim para ibu, mereka perlu bersetuju dengan satu perjanjian. Perjanjian antara pelakon dan tuan empunya pentas. Jika mereka enggan setuju dengan syarat-syarat perjanjian tersebut, maka mereka akan terus terkurung di syurga hingga mereka akur dengan kuasa veto dihadapan mereka.
Begitu juga aku, hidup aku penuh dengan perjanjian.
Aku hanya mahu dengar; ya atau tidak!
Tapi bagi kau, itu satu jerangkap samar.
Yang aku cipta untuk mengunci segala kemahuan kau.
Salah! Kau salah!
Itu, perjanjian itu. Aku andaikan sebagai garis panduan untuk aku.
Untuk aku menderapkan tapak kaki aku, di atas permukaan bumi ini.
Dan aku usulkan pada kau, andai kau mahu turut serta.
Aku faham bila manusia rasa terancam, mereka pasti mahu mulakan serangan balas.
Itu aku tahu. Itu aku pasti.
Bikinlah apa kau suka,
Setiap inci tubuh aku, hanya untuk kau.
Tak pernah luak, tak pernah aku kira.
Andai aku perlu diperlaku begitu; silakan.
Andai aku membalas, maaf.
Kau balaslah balik dengan dengan gandaan yang lebih dasyat.
Aku hanya mampu senyum, dan menangis di dalam hati.
Kalau kau rasa kau sedang memberi aku peluang, terima kasih.
Aku tak mahukan peluang itu.
Memberi peluang adalah keangkuhan si pemenang.
Aku tak perlukan si pemenang. Aku mahukan yang kalah dah terus belajar dari situ.
Aku terpaksa tolak peluang yang kau beri.
Kerana ada satu sifat pada manusia, yang akan menjadikan peluang; sia-sia.
PRASANGKA!
Jadi, aku mampu senyum kembali.
Kenapa bukan kau? Sebab entri kali ini untuk aku.
No comments:
Post a Comment