aku tau kau tak senang dengan ada-nya aku
bukan niat aku hendak menceroboh ruang privisi kau
cuma-nya aku hendak pastikan yang kau tidak tersilap
aku tau jauh dalam hati kau mencebik; penyibuk!
aku cuma nak kau tau
imaginasi boleh di-interprestasi
tapi imaginasi jangan sesekali menolak logik
salah; bila kau dahulukan rupa dari yang sebenar-nya.
sekarang,
aku rasa yang kita kembali jauh
aku rasa yang kita kembali lupakan;
apa yang kita impikan.
apa yang kita marahkan.
kau jadikan senyum kau kosong
tanpa inti, tanpa isi
akhirnya,
setiap kilas mata, bait kata-kata,
seakan mengarah aku untuk pergi
berkeras aku tetapkan hati ini
yang menolak untuk percaya
bahawa aku masih ditempat yang sama, tiada apa yang berubah.
itu cuma perasaan aku saja.
barangkali. masa-nya sudah sampai.
No comments:
Post a Comment