melupakan sesuatu yang lama. untuk mengadaptasikan sesuatu yang baru dalam kehidupan yang konon-nya normal. dihimpit perasaan sepi bukan lah perkara terbaik untuk aku. dan berpatah balik ke cerita lampau semesti-nya bukan keutamaan aku. aku batalkan niat untuk bina semula tembok yang dulu pernah tersergam megah, kerana aku mahu dia hampir dengan aku. kerana aku mahu dia fahamkan setiap plot hidup aku.
mungkin aku boleh tinggalkan sedikit serpihan tembok itu, supaya tak terlalu mudah untuk dia baca perasaan aku. supaya tak terlalu mudah untuk dia membuat kesimpulan awal mengenai diri aku.
yang melupakan, yang terus menunggu, yang masih berharap, dan sekarang ada yang mahu menjadi pemanis yang menghilangkan segala rasa tawar. yang mahu menerima aku.
selamat datang. ke neraka buatan; aku.
No comments:
Post a Comment