Thursday, November 10, 2011

dewa dan syaitan masa-masa lampau.

Jangan ditiup roh ke dalam jasad kenangan, jangan diseru kepahitan lalu untuk bangkit semula; dan menjengah keluar dari mulut si empunya.

Layak-nya semua itu dibiarkan mati begitu saja tanpa sebarang kesan, tanpa sebarang petunjuk, tanpa sebarang bukti.

Tolong reka satu fairytale yang lain. Tolong cipta mitos agung yang lain.

Jangan jujur dengan aku. Sila berbohong sehebat-nya dengan aku kerana aku lebih senang begitu. Biarkan aku tertipu dengan perkara yang indah-indah; aku rela.

Asal kau; aku. Kita bahagia.

Aku takut aku tak mampu menelan lebihan-lebihan kebenaran yang ada.
Tolong gagalkan aku dari mengetahui segala-nya.

Jangan biarkan pahit, perit, sakit itu semua bangkit.
Dan aku tersembam menyembah bumi sebagai gantian.

Aku merayu. Tolong.

Biar aku hidup dalam kepalsuan dunia. Asal kisah-kisah yang wujud untuk didengari hanyalah;

kisah 'kita' sampai mati.





No comments:

Post a Comment